Qaza‘
Unic29.com – Terdapat
bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???).
Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang
lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi,
mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut
depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan
qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak:
1/363-364)
Larangan
melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada
‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan
qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak
yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang
lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda:
"Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya
(tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
(Hadis riwayat Abu Daud)